• Type:
  • Duration:
  • Average Rating:

Blog

Latest news from Koppa

Daniel James: Kehadiran Semula Anthony Martial Jadi Kunci Peningkatan Manchester United

Pemain sayap Manchester United, Daniel James menyifatkan kehadiran semula Anthony Martial selepas mengalami kecederaan paha menjadi kunci kepada peningkatan prestasi The Red Devils pada ketika ini.

Martial terlepas lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) akibat kecederaan selepas perlawanan menentang Crystal Palace, Ogos lalu.

Beliau kemudiannya kembali diturunkan sebagai pemain simpanan pada lewat aksi menentang Liverpool yang menyaksikan kedua-dua pasukan penuh tradisi itu terikat 1-1.

Bagi James, tanpa berselindung beliau melihat kehadiran semula pemain berusia 23 tahun itu menjadi indikasi baik kepada prestasi semasa pasukan.

Manchester United’s Daniel James celebrates scoring his side’s first goal of the game during the Premier League match at Old Trafford, Manchester. PRESS ASSOCIATION Photo. Picture date: Saturday August 24, 2019. See PA story SOCCER Man Utd. Photo credit should read: Nigel French/PA Wire.

“Sejak dia [Anthony Martial] kembali ke dalam pasukan, kami menemui titik fokus,” kata James selepas perlawanan dengan Brighton.

“Dia adalah pemain ‘link-up’ yang baik. Dia boleh meminta bola atau pergi ke belakang pemain lawan. Ianya sangat penting buat saya dan Marcus [Rashford] sejak beliau kembali dalam skuad untuk mewujudkan ‘interlink’ itu.”

”Sejak dia kembali juga, dia telah menjaringkan gol dan mendapatkan bantuan jaringan dan ia sesuatu yang hebat buat kami.”

Anthony Martial telah menjaringkan dua gol dan mencipta dua bantuan jaringan dalam semua saingan EPL dan Liga Europa selepas beliau kembali daripada kecederaan yang dialami.

Kedudukan Unai Emery Terjamin

Sebelum ini Unai Emery sudah memberitahu bahawa pengurusan tertinggi memberikan sokongan kepada beliau.

Josh Kroenke antara yang datang berjumpa dengan beliau dan menyatakan sokongan kepadanya. Unai juga mendedahkan Josh yakin dengan perancangan beliau untuk masa depan Arsenal.

Namun masa depan Emery mulai menjadi tanda tanya selepas kekalahan di tangan Leicester. Beberapa media melaporkan bahawa, Arsenal sudah menyenaraikan beberapa pengganti kepada Unai Emery.

Ini termasuk bekas pengendali Barcelona, Luis Enrique.

Para penyokong Arsenal mahu Unai Emery segera dipecat selepas mendapatkan ramai pemain bintang dalam perpindahan lalu. Namun masih gagal memberikan hasil memuaskan.

Tetapi berita itu terus dijawab oleh David Ornstein yang menegaskan bahawa kedudukan Unai Emery sebagai pengendali Arsenal adalah selamat.

Ornstein berkata: “Bos Arsenal 100% di belakang Unai Emery. Menafikan sebarang perubahan atauapun perbicangan dengan calon pengganti.”

“Mereka merancang untuk menilai semula kedudukan Emery pada musim panas akan datang.”

“Kroenke dan lembaga eksekutif memberikan sokongan penuh dan tidak akan melayan sebarang bunyi bising. Dan mereka yakin pasukan akan menujukkan peningkatan serta Arsenal berada di landasan yang tepat.”

 
Scroll to top