• Type:
  • Duration:
  • Average Rating:

Asnan Ahmad kecewa !!!

  • Leave First Review
  • 2019
  • U
Play
Share

Asnan Ahmad berasa bertanggungjawab selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti yang membawa kepada kemenangan Johor Darul Tazim II (JDT II). Mengimbas kembali situasi genting pada penentuan sepakan penalti dalam aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras semalam, dia mengakui berasa sedikit gusar ketika mahu mengambil sepakan itu ekoran kekejangan otot pada masa tambahan. Namun demi tanggungjawab kepada pasukan, dia mengambil risiko mengambil tugas berkenaan yang menyaksikan bola sepakannya dapat diselamatkan penjaga gol, Haziq Nadzli. Pertahanan JDT II, Mohd. Fadhli Mohd. Shas kemudian muncul wira pasukan apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti kelapan untuk membawa pasukannya muncul juara melalui keputusan 6-5 selepas kedua-dua pasukan terikat agregat 1-1 dalam dua aksi final Challenge Cup.

No reviews of Asnan Ahmad kecewa !!!
Leave First Review

Reviews for Asnan Ahmad kecewa !!!

There are currently no reviews for Asnan Ahmad kecewa !!!
Scroll to top